Saturday, October 3, 2009

Adik manja & Chi chi


Kancil 'Red Hot' Turbo Merah Menyala aka Chi chi milik ayahanda adik manja ni walaupun kecik tapi mmg berbisa. Sangat laju bila di jalanraya x kira laa di highway ataupun jalan biasa. Mempunyai enjin ubahsuai Turbo ultragaban 159 series. Skil pemanduan tahap pemandu kereta lumba Formula one. Pernah di tawarkan mengantikan tempat Micheal Schumacher utk pasukan Ferrari tetapi ditolak sbb masih lagi jadi GSTT smktssb. Sejak kejadian langgar tiang baru2 ni pemilik kete merah comel ni agak fobia utk memandu laju. Serik kot! Tapi khabarnya baru jer dua hari lepas ada org ajak dia racing....Hati2 di jalanraya ingat org tersayang!

Lyn Lyn & Boo Boo


Pesona 'Grey's Anatomy' Kelabu aka Boo Boo atau Jambu ni menjadi kesayangan Lyn2. Pemilik kete ni ada tahi lalat dekat bibir tau. Memang cumei! Penampilan kete sgt skema tahap badak iaitu sentiasa bersih & berkilat.Bila buka kete je hmmmmmm harum semerbak macam tuan dia jugak. Mempunyai 'penunggu' seekor tedi bear koko karat yg setia di seat belakang. X tau la plak apa fungsi menatang tu sebenarnya.Mungkin sekadar sebahagian assesori kete aje. Hiasan dalaman ala2 anak dara sunti mesti ada bunga goyang2 kt dashboard & pewangi kete ( 2 plak tu...) Skil pemanduan tahap skema Ultraman seolah2 pegawai JPJ ada di seat sebelah. Pemandu yg sentiasa merancang perjalanannya."Tolong key-out tau....nak balik ni takut jem kat jalan".

Fiz2 & Wiwiey


Savvy 'Black Beauty' ranggi lagi hitam berkilat aka Wiwiey adalah hakmilik Fiz2. Hitam menjadi pilihan bukan saja menunjukkan pemiliknya yg serba misteri bahkan untuk menutup kemalasan membasuh & mengelapnya di hujung minggu hehehe.Khabarnya Wiwiey ada pembantu setia yg sentiasa membersihkan dia bila agak berlemuih.Untungnya Fiz2. Jgn tertipu dgn stiker 'P' di kete walhal si pemandu dah memang lama bawa kete.Saja nak amik kesempatan!.Tahap pemanduan gaya pemandu kete Rally di kawasan gurun.Kadang ok kadang ganaz ikut mood pemandu. Assesori dalaman agak 'rock' & ranggi sesuai dgn penampilan pemiliknya yg berjiwa pop rock. Mengikut sumber2 yg boleh dipercayai kete Savvy hitam ni sering kelihatan di beberapa lokasi spt berikut iaitu daerah Sungai Petani , JJ Bandar Perda & Kepala Batas.Hmmmm buat apa yea? Ni yg musykil ni!

Maz aka M16 & Sya sya


Kelisa kaler 'Silver Metalic' aka 'sya sya' ni memang kiut & kompak macam tuannya juga.Sesuai dgn warnanya yg melambangkan 'power' tuannya juga mmg power dr segi tembakan vokalnya hehehe. Kelajuan yg agak sederhana menunjukkan sifat keibuan & perihatin si pemandu. X perlu assesori yg terlampau, cukup dgn yg basic2 saje.Agak berdebu penampilanya seolah2 memakai compact powder -menunjukkan kesibukan ibu tahap gaban.Di tambah dgn 'assesori' tambahan dari rumah spt botol & puting susu,bola,mainan,lampin pakai buang dsb. Alaaa...biasa laa tu kete seorang ibu mithali!!

Kak G & Deanster


Myvi 'Classic Gold' aka 'Deanster' buah hati pengarang jantung kak G ni klasik mcm tuan dia gak. Dek kalernya yg ala2 emas karat ni kalu kete x basuh sebulan pun org x perasan. Kete 'macho' ni sudah lali dgn parut calar balar akibat tergesel & terlanggar pagar oleh tuannya. Dah jdi mcm 'pirate'.Skil pemanduan still di tahap 'P' jadi si pemandu memandu di tahap skema terkemut2 tahap gaban. Ala2 Mr Bean gitu. Tapi bila kt Highway masyaAllah sudah bertukar laa jadi Transformer.....agak laju daa. Kete bak karaoke bergerak sbb tuan nya mesti kena dgr lagu bila memandu.Lagu2 pilihan pelbagai ada kak Melah, kak Poziah Letih, Rossa , Britney , Faizal Tahir & Hindustan. Time memandu di jalanraya jgn la dok bagi lampu atau tgk2 dia, mmg sure x perasan punya sbb dok ralit layan lagu baik punya.....