Monday, August 31, 2009

ASAL USUL NAMA SELIPAR JEPUN

Ni akak nak cerita sikit pasal permulaan nama 'selipar Jepun' nih. kumpulan ni baru je ditubuhkan tahun.ni. Haah x sampai setahun pun.Pada mulanya kumpulan ini ditubuhkan untuk suka2 jer.Kami memang mempunyai minat yang sama iaitu suka berjalan atau melancong.Setakat ni sempatlah pi sekitar Penang, Pulau Aman, Kepala Batas & Bandar Perda. Lepas ni berangan nak pi Kembara Jalanan ke Sg Besar, Selangor ,Lake Town Resort, Taiping & Pulau Perhentian,Terengganu.

Eh! melalut plak.Balik pada cerita tadi... Pening kepala lah gak nak memikir apa nama nak bubuh untuk grup eksklusif kami ni. Kebetulan pada cuti pertengahan tahun baru2 ni , akak sempatlah bercuti di Pulau pangkor bersama keluarga. Seronok! Iyealah adik yang sponsor semua...Masa nak balik tu belilah ole2 untuk geng.Kebetulan hati berkenan bila tengok key-chain selipar Jepun.(Kiut + murah) Masa berbagi2 kat geng tu si Lyn2 pun bersuara "Apa kata kita namakan grup kita ni geng selipar Jepun? Ok jer bunyinya dan kiut plak" akak terfikir gak."ok gak yek!". So melekatlah nama Selipar Jepun tu sampai sekarang.

Selipar Jepun ni dipilih berdasarkan beberapa kriteria.(bukan cuq keria tau..)Pertamanya sebab kami semua sempoi macam selipar Jepun.Kedua sebab tabiat kami yg suka meronda hehe... dan ketiga sebab kami suka pada barangan buatan Jepun.Contohnya: Akak suka kereta Honda & makan Sushi , Fiz Fir suka Doraemon & cite Jepun, Lyn2 muka iras2 minah Jepun & suka katun Jepun, adik manja suka cite Jepun & body ala2 org Jepun(kecik & kiut) dan Kak Mas plak ganaz macam kamikaze Jepun hehe...( Mau kena Penampar 'Jepun' aku lepas nih huwwaaaa....)

Begitulah adanya .....

Saturday, August 29, 2009

Menu2 Kegemaran GSJ di bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa & menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua Geng Selipar Jepun.
Makan memang topik kegemaran kami.Kat sini sempat dikumpulkan menu2 kegemaran geng2 kita!

Soalan : Apa menu kegemaran time berbuka?

Kak G : "Emmm...makan x kisah apa2 saje bedal.Favourite berbuka tentunya Popia Basah
hehe..pas tu ada air Ribena kena plak nasi panas2 dgn gulai daging kawah perghhhh!!

Kak Mas : " Nanti sat nak pikiaq.Ayaq sirap dgn ikan bakar laa. Pas tu kuih suka yg manis2 mcm
tepung talam ka, agar2 atau kuih lopeh.Pedas2 tak mau...."

Fiz Fir : "Saya kak G, suka air soya. Itu mestilaa..kan.Hmmm...kuih?karipap laa dgn ikan bakar.
Sodapppp!! sehingga menjilat siku."

Lyn2 : " Kak G nak resepi karipap ka? Nti saya bagi..x nak? Oh...saya makan semuaa... tapi
yang paling suka ayaq tebu. kuih2 ni saya suka makan Murtabak. Lauk pulak ikan
bakar laa hehe..."

Adik Manja : " Hmmm...Slhh suka minum air kosong je berbuka.Haa..nape x minum air yg ada kaler?Memang hari2 minum air kosong. ada 1 hari tu minum air soya sedap gak.
Slhh x suka ais. Kuih yg Slhh suka karipap sardin & lauk plak udang goreng. Yum2!"

[Diselanggara & disunting oleh Kak G...]

Saturday, August 22, 2009

TIPs untuk bakal isteri..huhu

HATTA MEMANDANGKAN SEMUA AHLI2 MERUPAKAN WANITA MAKA WAJARLAH KIRANYA TIPS INI DITELITI ADAPUN IANYA SEKADAR ILMU SEMATA2 .TIADA NIAT APA-APA PUN.
RENUNG2 KAN LAH. SAYUGIA DEMIKIAN ADANYA...

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami ...

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa becinta dulu. (Tapi agak2 la yg tak biasa pakai seksi jgn dicuba nanti dikata suami kita gila meroyan haru.Make-up tu jgn la over macam makcik kantin lak!)

2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut. (Contohnya memancing ikan tak apa jangan sampai terpancing bini baru pulak)

3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.Tak perlu tunggu bibik membuatnya.Adalah lebih afdal anda melakukannya sendiri.(Takut2 nanti bibik pulak yang mengebas suami)

Petua Agar dikasihi Suami Bagi seorang isteri,

1.Anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki memang mudah tergoda oleh penglihatan matanya. (Maklumlah gatal semulajadi!) Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna & mengoda. Berdandanlah dengan sempurna.. Selitkan jelingan-jelingan manja ala2 seksi gitu.(adik manja mesti terror bab2 ni...hehe)

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. (jgn kita dok setia dia dok main kayu dua tiga..)
Jangan lupa untuk bersalaman dan mengucupnya apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak mengurus hal2 suami baik dari segi zahir dan batin.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita atau papa kedana. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Apa yang penting KERJASAMA!

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda bercucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua. Romantik tidak mengenal usia ;)

5. Apabila berkesempatan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi mengucupya ketika tidak dilihat oleh orang lain. (Ala2 cinta Hindustan gitu) Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (Itu pun kalau dia nak.biasanya masa bercinta kan main lagi macam belangkas.bila isteri mengandung, ditinggalnya jauh sebatu bila berjalan)

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. (Iyalah kualiti masa perlu dijaga...Bukan selalu dapat bersama)

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (Lebih mudah tak payah suruh jika akhirnya nanti kita juga yang terpaksa bekerja lebih)

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin akan terasa, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya. (Bak kata org pukul anak sindir menantu.Kalau terasa kita pulak yg terpaksa memujuknya)

9. Selalulah mengurut suami anda. Kot2 lenguh ke terseliuh ke.Tak payah berhabis duit pergi ke rumah urut atau jumpa Tukang urut.Ini dah tentu FREE. Amalkan mandi bersamanya. (Boleh jimat bil air tu)Jangan sekali mengatakan, busuk, pengotor, selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian. (Tapi kalau suami kata isteri bau bawang atau rambut macam Nek Nak tak apa pulak.....)

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, berselimutlah bersama suami anda. Berikan kucupan hangat, iaitu kucupan yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku" dan semoga aku tidak dimadukan atau diduakan.Aminnn!

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya. (Tapi agak2 jugaklah.Bagi yang comel macam adik manja digalakkanlah tapi bagi berat melebihi 80 kg ke atas hati2 ye.kita tak mahu suami masuk hospital pulak)

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda. (Kalau bengang sangat bolehlah bercerita atau mengutuk tapi tanpa pengetahuannya tau.Apa yang dia tak tahu tak menyakitkan hatinya..kan)

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan batin suami. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda. (Haah betul tu...suami nak suruh org faham dia je.Kehendak dia jer yg mesti patuhi.Sekali sekali apalah salahnya tengok kot2 isteri penat ke mengasuh anak, memasak, membasuh, mengemas.Kadang2 sikap memahami spt jadikan suami lebih 'macho' di mata isteri..)

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda "bersama". Jika rasa malu untuk bersuara bagilah kias2 atau godalah suami.(Biasanya kalau bab2 ni sang suami cepat perasan.Al-maklumlah hal2 ni kaum2 Adam ni memang pakar.Bukan apa dgn cara ini suami akan rasa lebih diperlukan)

15. Apabila anda "bersama" dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian 'melayarkan bahtera', sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ni akan mengecewakan suami.Seboleh2nya 'lawan' balik.Tak cukup tenaga usahakan minum air kacip Fatimah ke, Manjakani ke, spirulina ke, makjun mak dara ke apa ke.(Pendek kata, ikhtiarlah supaya kita nanti tak dipersalahkan bila suami berkahwin lain atau tambah cawangan.) Sikap dingin ala2 'batang pisang' ni akan membuat si suami rasa kecewa dan tidak dihargai (Merajuk lagi....) sedangkan bagi mereka hubungan intim adalah satu jalinan dua jiwa yg memanifestasikan cinta.(adoi lah....powernya ayat!)

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan 'membangkitkan' semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh.(Hatta walaupun dia cuma sakit gigi atau di gigit semut api.)Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya.(Dan apabila kita pula yg sakit atau demam disuruh telan panadol atau jelum jer.Kalau lumpuh atau ada sakit2 kronik diceraikan sehelai sepinggang.Alahai sang suami..)

Hati lelaki mudah berkata 'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan.Sedangkan isteri itu bukan sekadar membantu malah membuat semua kerja dari kerja pechacai (tukang cuci,tukang masak,jaga anak), akauntan, Penolong Peribadi hingga ke Pelayan Kelas Atasan hehe tanpa banyak soal.Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an. (Memang pun tiba2 je jadi muda. Jadi jangan terkejut tiba2 dia perasan dia Faizal Tahir atau teringin nak meminang Diana Danielle.Layan jer)

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. (tapi kadang2 sang suami lebih berselera merasa air tangan mamak dari isteri sendiri mungkin kerana lebih hot n spicy kot? isk2...)

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda di syurga. (tapi rata2 balu kematian suami tak kawin sampai ke mati menjaga anak2 harta peninggalan si suami tapi si suami yg kematian isteri tak sabar2 menganti isteri sedangkan kubur masih merah lagi. Alasan biasa dan popular didengar "Kesian kat anak2...."Memang kesian pun....tapi 'anak' yg mana tu?)

*Tips ini perlu diamati.Gunakan sebaiknya.Yg baik jadikan amalan yg buruk jadikan sempadan. Lebih byk yg tersirat dari tersurat.[Disunting oleh kak G]

Thursday, August 20, 2009

Ciri-ciri Persamaan GSJ dgn Doraemon

Bukan mempersenda atau menyamakan sesuatu yg negatif tetapi semuanya secara kebetulan serta hiburan semata-mata. Jangan mare geng!

Antara ciri-ciri yang sama adalah :
  1. Kak Mas aka M16 ada beg Doraemon
  2. Si Fiz fir yang boleh buat suara macam Doraemon
  3. Lyn2 yang minat makan kuih kegemaran Doraemon-DORAYAKI
  4. Adik manja yang comel & kiut macam Doraemon
  5. Kak G yang body ala2 Doraemon hehehe........(yang ni paling tak best nih!)

Tuesday, August 18, 2009

Resepi Kebab

KEBAB BUDGET CIPUT ALA-KAK G


Bahan2nya:

Roti Pita atau hot dog (boleh di beli di mana2 pasaraya atau kedai runcit)
Burger daging Ramli
Bawang besar sebiji (potong dadu)
Timun (potong nipis2 mcm org buat laksa tu)
Sedikit mayonis
Sos cili Thai

Cara2nya:

  1. Mula2 potong/gunting daging burger ke saiz kecil ( 2 ketul burger utk satu
    roti pita)
  2. Lepas masukan dalam kuali non-stik kacau sampai masak (tak perlu
    bubuh minyak tau)
  3. Kemudian masukan bawang besar masak sampai layu.
  4. Akhir sekali masukkan timun masak jangan lama sangat agak2 layu skit
    jer. Masa ni baru tuangkan mayonis dan sos cili Thai sesedap rasa. Agak2
    laa noo...
  5. Sebelum makan jangan lupa bakar jap roti pita. Potong separuh dan
    sumbatkan bahan2 yg dimasak tadi ke dalam poketnya.
  6. Haaaa sekarang barulah boleh makan.Sesuai untuk makan sahur atau
    berbuka posa.

selamat mencuba!!

My Dean!!


Hmmmm nak tau ni lah buah hati pengarang jantung akak yang sanggup berhujan & berpanas.Mengharungi segala rintangan untuk akak sampai ke medan persada perjuangan akak - SMKTSSB daa.....

Monday, August 17, 2009

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT HARIBULAN


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.



Sunday, August 16, 2009

cute awek...


gadis yang bertudung pink ni..merupakan gadis yg paling cun diantara ahli2 geng nh ye..tak der sape leh menafikan lagi..ada ke yg berani nk nafikan...mesti TIADA!! ahli geng yg lain kena trima hakikat ini.....walau apa jua sekalipun PAHAM!!! huhu..

jeng jeng jeng


smile

nak lagi kek :((

pengerusi n penasihat

pengerusi n driver.haha

hah! blog ape kah ini???

ini adalah blog kami `geng selipar jepun`!!!

kenapa nama kamu begitu??
- suka kami la nak bubuh nama apa n_n

berapa ramai ahli geng ni??
- owh ramai.. sekejap ye nak kira (1... 2... 3... 4... 5.... 6....) mm, tak ingat la berapa. haha

ape tujuan penubuhan geng ni??
- tujuannya... kena tanya kak gie. ngeh ngeh

boleh tak kami nak join geng ni??
- ha! biar betul! ada berani ke nak join kami. hehe

(1st post by adik manja)