Tuesday, September 29, 2009

From Sg Udang with love...

Alamak lupa lak nak amik gambar Tok Solehah terambil plak gambar 'lalat' kt belakang.

Kembara Jalanan


Hmmmm sampai juga kat Taman Ilmu setelah sekian lama bercinta nak mai...

Malaysian Next Top Model Muslimah


Sempat lagi berposing maut depan rumah No 12, Lorong 01, Taman Seri Acheh depan nya ada mini market.

Monday, September 28, 2009

Geng2 Berhari raya...

Yg depan tu air spesel 'siren' sirap + oren hehehe...

Sunday, September 27, 2009

salam idulfitri

pagi2raya


petang2 raya

ampun maaf salah silap

Saturday, September 26, 2009


Sedih hati nak tinggal Ramadhan,
Esok pulak dah nak raya,
Mari kita saling bermaafan,
Agar terhapus segala dosa,


Esok pulak dah nak raya,
Persiapan semua sudah sedia,
Agar terhapus segala dosa,
Yang lepas2 & yang dok ada.


Salam Aidilfitri.Maaf Zahir Batin......

Tuesday, September 22, 2009


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Monday, September 7, 2009

FIZ2 bersama GENG



Inilah kakakku yg begitu prihatin sangat2 boleh jadi tukang tilik huhu..tau aje bila tgk muka den..bila susoh ke..happy ker..dia tau aje..n mula lat wat ramalan cnth"awat kak maz rasa fizah ni lain macm ja ari ni..nampak lain sgt ni dok menyendiri"tu ayat kalau muka den sodih la.."fizah nampak berseri lah semenjak dua menjak ni..ada apa2 ka ni"...huhu tu lah kak maz aka akak tilik haha..apa pun kak maz ni ada 2 orng anak teruna yg cukup hensem dan seorang anak dara yang sungguh manis...


wiv adik manja..serius beb!cara ckp memang manja abis cnth "kak fiza dah makan ke...lapar la"..manja lah kan tu..kih2..bejangkit ngan adik lah ni akak dah pandai berzikir..huhu tp tak leh lawan adik lah..akak baru peringkat 5 ja he2..apa pun dia ada seorng ''lelaki ini '' yg amat menyayangi dirinya....


Ni dua orang adik manis sgt manis ada tahi lalat yg sangat manis yang lyn2 (bertudung pink)tahi lalat manis di atas bibir Fiz2 (yg bertudung cream ) tu di tepi bibir..Ahaks sungguh manis...kih2
kami ibarat (gula) takda kami (gula ) susah lah satu dunia..haha..ish sunggu berani pengakuan ni..jgn ada yang tegigit jari pulak yer..tp yang PALING MANIS tentu lah LIN2 (kena bodek org tengah nih) huhu

kak g yang sungguh santun n sempoi...''kak g mah radio di mana..di sini ..SEMPOI haha''
g sekolah pun sempat possing nih..inilah ngojer nye ate..kalau dah bole posing ngalah fasha sanda huhu..tapi yang paling ayu dah tentulah fiz2 hehe jgn jeles..
dulu dok gak teman kak g p jalan2..tp skrang nih agak musykil gak knpa tak leh p yer huhu...sorry kak g ye..( kak g ni cepat risau kalau orang terasa>cnth:"'adik tu marah kat akak ke..tak ckp ngan akak pun ari ni"'..lagi satu.."lain mcm jer muka lin2 tu dia marah kat akak ke."..huhu..apa pun kak g ni ada teknik gigitan yang manja haha..abih dah kami kena gigit..

Sunday, September 6, 2009

WANITA ( SITI NURHALIZA)

Buat semua geng2 yang sedang asyik masyuk dilamun percintaan. Selami lirik lagu ini dan ketuklah pintu hati....hehe. Pada geng yang dah 'lama' tu perangatlah cinta supaya segar semula.

WANITA (Siti Nurhaliza)

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

[Chorus:]
Aku wanita aku kaum Hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

(Ulang Chorus)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Haaaa... Ku wanita... Haaaa... Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Chorus)2x
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Wanita... ooo... Ku wanita... hoouuu... Wanita...

10 TIP MENJADI PASANGAN YANG BAIK

Orang kata kurang komunikasi, cemburu buta & sikap tak peduli antara sebab utama pasangan sering bergaduh. Tak perlu nak salahkan sesiapa , apa yg penting berusaha mengubah diri demi kebaikan bersama. Justeru itu, pertelingkahan & perpisahan dapat dielakkan.

  1. TERIMA SEADANYA - tak perlu nak ubah org mengikut kehendak anda. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yg sempurna.
  2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA - Jangan main serkap jarang & menuduh pasangan anda yg bukan2.Kalau boleh selidik dulu atau bersemuka dengannya. Sekurang2nya berilah dia peluang membela diri sebelum anda memberi hukuman.
  3. AKTIVITI BERSAMA - Bagi yg dah kahwin bukan setakat aktiviti 'dalam bilik ' je yg boleh dilakukan bersama. Carilah sesuatu yang mampu anda lakukan bersama pasangan anda contohnya menonton wayang, memancing atau bersiar2.
  4. TUNJUKKAN CINTA ANDA - Setelah berumahtangga, ramai yg kurang mengambil perhatian perihal hati pasangan. Kalau masa bercinta dulu pegang tangan tak lepas masa berkahwin patutnya lebih2 lagi laa.Apalah salahnya jika diluahkan dgn sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Ini dpt menghangatkan lagi cinta yg dah suam2 kuku tu.
  5. KAWAL PERASAAN - Apabila marah bawalah bertenang. jangan cepat melatah. Tanya dulu pada pasangan anda.Jangan tuduh melulu serta mengucapkan kata2 yg akan buat anda rasa menyesal nanti.
  6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU - Berhentilah mengungkit kesilapan masa lalu. Tak ada sapa yg nak ingat bende2 yg dah berlalu. Tambah2 bende2 yg pahit & memalukan diri.Jangan jadikan kesilapan pasangan ini sbg senjata bila time bergaduh. Bahaya!
  7. KURANGKAN RASA CEMBURU - Cemburu boleh! Sapa kata tak boleh tapi berpada2lah.Cemburu kan tandanya sayang...tapi cemburu yg keterlaluan boleh mencetuskan pergaduhan. Hubungan cinta harus dibina atas dasar saling percaya.
  8. JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN - Jangan berjanji kalau tak mampu nak penuhi. kalau buat jugak nanti akan hilang rasa hormat pada pasangan. Apabila pasangan merasakan anda dah mengabaikan komitmen, haa.. bersiap sedialah utk kehilangannya.
  9. JUJUR - Jujur merupakan perkara penting dalam perhubungan. Jangan bersikap hipokrit atau berpura2.Sikap menipu pasangan antara punca utama perpisahan. Kejujuran disini ialah jujur untuk mengucapkan perasaan.Kalau tak suka cakap tak suka. Katakanlah dengan tenang!
  10. BERI LAYANAN TERBAIK SEPANJANG HIDUP - Layanlah pasangan sebaik mungkin.Jaga hatinya serta setia padanya. Anda akan berasa bahagia kerana anda & pasangan saling melengkapi antara satu sama lain.

* Rujukan : [Pesona : KOSMO, Jumaat, 4 September 2009]

AJAIBNYA KURMA!

Bila sebut Ramadhan buah kurma atau tamar memang dah jadi hidangan wajib untuk berbuka puasa. Tapi tahukah kita akan kelebihan2nya? Haa...mari kita selidiki rahsia disebalik buah Kurma.

Kurma merupakan tumbuhan palma atau nama saintifiknya, phonex dactylifera.Bentuknya bujur & boleh dimakan mentah atau dibuat kering supaya boleh disimpan lama. Kebanyakan pokok2nya ditanam di negara2 Arab-lah & mempunyai byk species.Mungkin ramai tak tahu bhw pokok kurma hanya boleh tumbuh subur sekiranya pokok betina ditanam bersebelahan pokok jantan ( aduhai....romantisnya!)
Hmmmm hanya pokok kurma betina yg keluarkan buah tapi mengambil masa lapan tahun sebelum keluarkan hasil ( mak oi lamanya...) dari segi saiz, pokok kurma jantan lebih tinggi dari pokok kurma betina. Sekiranya pokok kurma betina mati, pokok kurma jantan juga akan menyusul mati. ( amboi! pokok pun tahu setia...)
Kalau nak makan kurma tak payah basuh! Sebab? nanti akan menghilangkan khasiatnya. buah kurma bersifat antibakteria & kalau basuh akan merosakkan kualiti buah itu.
Ia mengandungi khasiat pemakanan tinggi spt aprikot kering & kismis. Kurma kaya dgn protin, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian spt besi ( bukan yg buat pagar tu..), kalsium, sodium dan potasium.
Haa...bagi ibu2 yg menyusukan anak & menghadapi masalah kurang susu badan , memakan kurma dpt mengalakkan pertumbuhan susu. unsur zat besi & kalsium dlm buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
Selain itu, ia baik untuk pertumbuhan kanak2, perbentukan darah & sumsum tulang. kajian lain membuktikan bahawa kurma antara makanan yg paling pantas proses sbg bekalan tenaga.
Eh! mende tunggu lagi lepas ni makan kurma banyak2 ok sebab dah tahu kebaikan2nya. Selamat Menjamu selera!

Rujukan : [Artikel Ramadhan Global: KOSMO sabtu, 5 September 2009]

Friday, September 4, 2009

5 SEBAB WANITA MENANGIS

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang agak unik. Dari segi zahir kita nampak lemah tapi kita mampu menahan kesakitan dan melahirkan seorang bernama insan ke dunia. Tangan kita yg sering memegang senduk & menhayun buaian ini bisa mengoncang dunia. Senjata kita yg paling ampuh adalah air mata. Dengannya kita mampu mencair & melembut hati insan yg bernama LELAKI.

  1. FAKTOR HORMON - Ni memang x dapat lari dari diri selagi kita bernama wanita. Masa ni tetiba je rasa nak menangis.Haa tu menunjukkan ada tanda2 nak datang bulan, haid, period, datang kotor & apa2 lagi istilah yg sewaktu dgnnya. Masa perasaan menjadi sensitif tahap 18. Silap haribulan org bertanya kita menjawab pun sambil menangis hehe..
  2. INGIN MEMANIPULASI KEADAAN - Ini yg tadi kita sebut sbg 'senjata'. Rasa2 ter'kantoi', termalu & tak tahu nak buat apa2 lagi haa...time ni la nak gunakan air mata. Kalau kena marah, maki atau bersalah menangis ni dpt mengurangkan 'tension' & sekaligus dpt meraih simpati pihak yg satu lagi terutamanya kaum Adam. Kena plak buat muka 'seposen' & cakap manja2 skit. Alamatlah settle semua masalah...Tapi jgn diamal selalu tak baik tau!
  3. PERASAAN EMOSI - Kalau bukan menangis sebab hormon atau raih simpati sebab lainnya adalah memang faktor emosi. Hah kalau yg ni berlaku tak dapatlah den tolong! Antara sebab keluaqnya ayaq mata ketika beremosi adalah kerana perasaan kecewa, sakit hati, sedih dan masalah2 lain yg melibatkan perasaan.Bila emosi dah berada tahap bumbung & tiada siapa utk mencurahkan perasaan, menangislah cara yg terakhir.
  4. AMARAH - Hmmm org pompuan...sedih nangis, malu nangis.. marah pun nangis. okla tu, tak macam lelaki, marah je sepak terajang org atau maki orang atau belasah orang. Kira org pompuan ni agak bertamadun drp golongan yg satu lagi tu. Ada pelbagai cara wanita berhadapan dgn rasa marah, ada yg menjerit, membebel tanpa henti, berleter, berdiam diri atau jika kesemuanya dirasakan tidak menjadi so apa lagi menangislah jawapnya!
  5. TERKENANGKAN SESUATU - Teringat kisah2 nostalgia masa silam yg sedih boleh membuatkan kita menangis. Jika kenangan itu manis & mengembirakan bolehlah tersenyum & tersengih.Tapi jika kenangannya itu sedih,sadis & menyedihkan tak kan la nak buat muka sadin lagi mestilah ayaq mata turun menderu-deru umpama air terjun Bukit Panchor.

*Hidup mesti diteruskan juga.Nangis2 jugak tapi lepas tu bangkit semula dgn semangat yg luar biasa. Iyealah air mata tu baguih keluaq, dia boleh cuci mata. Nanti mata akan lebih cerah & jelita. Itulah kisahnya....

[Dikutip dari artikel Mingguan Wanita 21-27 Ogos 2009]

Wednesday, September 2, 2009

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua


Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..


>>‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’
>>Fatimah Syarha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Tuesday, September 1, 2009

APA YANG WANITA INGINKAN DARI LELAKI

Kita dah tahu tips menjadi isteri solehah sekarang kita nak buat 'reality check' atau senarai semak LELAKI yang kita sebagai isteri atau kekasih dambakan. Lepas ni tengok2lah kot2 si dia kita ada ciri2 tersebut.Bagi yang dah kahwin atau dah bertunang bulan Disember dah nak kawin tak payahlah.Terimalah qada & qadar seadanya hehehe....

Berikut ciri2 yang diadaptasikan daripada majalah Midi 15 Ogos 2009 :

  1. Wanita mahukan lelaki yang berkeyakinan - Boleh dikatakan hampir semua wanita inginkan lelaki yang berkeyakinan. Lelaki seperti dianggap lebih berketrampilan dan seksi.Tiada wanita yang mahu lelaki yang sentiasa mengiakan semua perkara. Kenalah ada pendirian barulah 'macho'.
  2. Wanita mahukan lelaki yang mampu membuatkan mereka berasa merekalah 'kekasih awal dan akhir' - Tu la pasal ramai pompuan melayu la ni pilih lelaki asing sebab utamanya depa lebih 'gentleman'.Iyea ke? tak tahulah plak. Rasanya lelaki sama jer tapi mungkin ye jugak sbb org putih sampai tua ganyut pun dok pegang tangan bini.Org melayu mula2 cinta berkepit sakan, sampai nak pi jamban pun berdua.Bila dah beranak pinak jalan pun jauh sebatu.Bila si isteri pegang tangan dikatanya gila meroyan.Ada kaa...
  3. Wanita mahukan lelaki yg ada sifat kelakar - Fikir2 kenapa pelawak2 spt Salleh Yaakob dan Harun Salim Bachik boleh beristeri lebih dari satu. Jawapannya mudah aje sbb depa pandai buat lawak.Iyealah bayangkan si isteri yg sehari suntuk bekerja di pejabat kemudian balik dgn muka suami yg macam singa lapar atau orang utan mati bini mengarah itu ini.Mahu ada yg kena 'smackdown' tak pasal2. Kita perlukan penghibur yg boleh membuatkan kita ketawa bukan badut.
  4. Wanita mahukan lelaki yg boleh menjadi pendengar yg baik & mampu memberikan nasihat yg bernas - Kita tak perlu lelaki yg berpewatakan ala2 Datuk Fadzilah Kamsah atau Dr H.M Tuah untuk menjadi pendengar setia.Cukuplah sekadar mendengar keluhan kita mengasuh anak2 di rumah atau rintihan kita di tempat kerja. Dgn memdengar luahan hati mereka sekurang2nya si isteri akan rasa lebih lega walau tidak memberi sebarang pendapat pun.
  5. Wanita mahukan lelaki setia bersama mereka -Mana ada wanita nak suami atau kekasih yg curang. Simpang malaikat 44! Sekali rasa tertipu sampai mati pun sukar untuk memaafkannya. Ini soal hati....kalau luka kat lutut bubuh minyak gamat baiklah ia tapi kalau luka kat hati 'operation' pun belum tentu akan sembuh.Kalau luka sembuh pun parut tetap kan ada sampai bila2.
  6. Wanita mahukan lelaki yg sensitif - Sensitif kat sini bukan yg sikit2 nak nangis atau nak merajuk tu.Kalau begitulah baiklah cari yg lembut ala2 sotong terus. Sensitif kat sini yg memahami jiwa wanita. Bukan mengongkong atau mengambil kesempatan. Cukuplah sekadar menghormati kita sbg wanita.
  7. Wanita mahukan lelaki yg mempunyai cita2 & perancangan - Lelaki yg bercita2 tinggi & mempunyai perancangan memang selau diidamkan setipa wanita.Contohnya macam Norman KRU atau Dr Fazli (alangkah bertuahnya isteri2 mereka..) Kita akan berasa lebih yakin bersamanya tambahan pula dgn sikapnya yg optimistik itu membuatkan kita terasa dilindungi. Masa depan kita bersama pun dah tentu akan cerah.
  8. Wanita mahukan lelaki bukan sekadar kekasih tetapi sahabat - Kita bukan hanya perlukan suami atau kekasih disisi tetapi juga sbg sahabat yg senang diajak berbincang, berkongsi masalah,bergurau senda & ikhlas membantu ketika susah.Apa yg penting tiada istilah 'ada udang disebalik batu'.
  9. Wanita mahu dilayan seperti merekalah segala2nya - Ada sesetengah lelaki yg melayan wanita atau isteri seperti sahabat lelaki mereka malah ada yg lebih teruk sampai jadi kes dera. Wanita hanya perlu disayangi & dilindungi.Lupakanlah kisah silam & jgn buat isteri atau kekasih terluka dgn mengungkitnya kembali.Jadikan mereka sesuatu yg terbaik yg hadir dlm hidup anda.
  10. Wanita hanya mahukan cinta, kasih & sayang - Wanita ni lemah lembut sifatnya kalau lelaki bijak memikat hati mereka maka hati mereka telah anda miliki. jadilah pasangan yg ideal serta ikhlas menyintai mereka. Ada pepatah mengatakan, Lelaki sanggup memberi cinta utk mendapatkan segala2nya tetapi Wanita sanggup memberikan segala2nya utk mendapatkan cinta. Renung2kan lah.....

[Disunting oleh: kak G]