Saturday, August 22, 2009

TIPs untuk bakal isteri..huhu

HATTA MEMANDANGKAN SEMUA AHLI2 MERUPAKAN WANITA MAKA WAJARLAH KIRANYA TIPS INI DITELITI ADAPUN IANYA SEKADAR ILMU SEMATA2 .TIADA NIAT APA-APA PUN.
RENUNG2 KAN LAH. SAYUGIA DEMIKIAN ADANYA...

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami ...

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa becinta dulu. (Tapi agak2 la yg tak biasa pakai seksi jgn dicuba nanti dikata suami kita gila meroyan haru.Make-up tu jgn la over macam makcik kantin lak!)

2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut. (Contohnya memancing ikan tak apa jangan sampai terpancing bini baru pulak)

3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.Tak perlu tunggu bibik membuatnya.Adalah lebih afdal anda melakukannya sendiri.(Takut2 nanti bibik pulak yang mengebas suami)

Petua Agar dikasihi Suami Bagi seorang isteri,

1.Anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki memang mudah tergoda oleh penglihatan matanya. (Maklumlah gatal semulajadi!) Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna & mengoda. Berdandanlah dengan sempurna.. Selitkan jelingan-jelingan manja ala2 seksi gitu.(adik manja mesti terror bab2 ni...hehe)

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. (jgn kita dok setia dia dok main kayu dua tiga..)
Jangan lupa untuk bersalaman dan mengucupnya apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak mengurus hal2 suami baik dari segi zahir dan batin.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita atau papa kedana. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Apa yang penting KERJASAMA!

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda bercucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua. Romantik tidak mengenal usia ;)

5. Apabila berkesempatan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi mengucupya ketika tidak dilihat oleh orang lain. (Ala2 cinta Hindustan gitu) Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (Itu pun kalau dia nak.biasanya masa bercinta kan main lagi macam belangkas.bila isteri mengandung, ditinggalnya jauh sebatu bila berjalan)

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. (Iyalah kualiti masa perlu dijaga...Bukan selalu dapat bersama)

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (Lebih mudah tak payah suruh jika akhirnya nanti kita juga yang terpaksa bekerja lebih)

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin akan terasa, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya. (Bak kata org pukul anak sindir menantu.Kalau terasa kita pulak yg terpaksa memujuknya)

9. Selalulah mengurut suami anda. Kot2 lenguh ke terseliuh ke.Tak payah berhabis duit pergi ke rumah urut atau jumpa Tukang urut.Ini dah tentu FREE. Amalkan mandi bersamanya. (Boleh jimat bil air tu)Jangan sekali mengatakan, busuk, pengotor, selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian. (Tapi kalau suami kata isteri bau bawang atau rambut macam Nek Nak tak apa pulak.....)

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, berselimutlah bersama suami anda. Berikan kucupan hangat, iaitu kucupan yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku" dan semoga aku tidak dimadukan atau diduakan.Aminnn!

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya. (Tapi agak2 jugaklah.Bagi yang comel macam adik manja digalakkanlah tapi bagi berat melebihi 80 kg ke atas hati2 ye.kita tak mahu suami masuk hospital pulak)

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda. (Kalau bengang sangat bolehlah bercerita atau mengutuk tapi tanpa pengetahuannya tau.Apa yang dia tak tahu tak menyakitkan hatinya..kan)

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan batin suami. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda. (Haah betul tu...suami nak suruh org faham dia je.Kehendak dia jer yg mesti patuhi.Sekali sekali apalah salahnya tengok kot2 isteri penat ke mengasuh anak, memasak, membasuh, mengemas.Kadang2 sikap memahami spt jadikan suami lebih 'macho' di mata isteri..)

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda "bersama". Jika rasa malu untuk bersuara bagilah kias2 atau godalah suami.(Biasanya kalau bab2 ni sang suami cepat perasan.Al-maklumlah hal2 ni kaum2 Adam ni memang pakar.Bukan apa dgn cara ini suami akan rasa lebih diperlukan)

15. Apabila anda "bersama" dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian 'melayarkan bahtera', sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ni akan mengecewakan suami.Seboleh2nya 'lawan' balik.Tak cukup tenaga usahakan minum air kacip Fatimah ke, Manjakani ke, spirulina ke, makjun mak dara ke apa ke.(Pendek kata, ikhtiarlah supaya kita nanti tak dipersalahkan bila suami berkahwin lain atau tambah cawangan.) Sikap dingin ala2 'batang pisang' ni akan membuat si suami rasa kecewa dan tidak dihargai (Merajuk lagi....) sedangkan bagi mereka hubungan intim adalah satu jalinan dua jiwa yg memanifestasikan cinta.(adoi lah....powernya ayat!)

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan 'membangkitkan' semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh.(Hatta walaupun dia cuma sakit gigi atau di gigit semut api.)Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya.(Dan apabila kita pula yg sakit atau demam disuruh telan panadol atau jelum jer.Kalau lumpuh atau ada sakit2 kronik diceraikan sehelai sepinggang.Alahai sang suami..)

Hati lelaki mudah berkata 'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan.Sedangkan isteri itu bukan sekadar membantu malah membuat semua kerja dari kerja pechacai (tukang cuci,tukang masak,jaga anak), akauntan, Penolong Peribadi hingga ke Pelayan Kelas Atasan hehe tanpa banyak soal.Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an. (Memang pun tiba2 je jadi muda. Jadi jangan terkejut tiba2 dia perasan dia Faizal Tahir atau teringin nak meminang Diana Danielle.Layan jer)

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. (tapi kadang2 sang suami lebih berselera merasa air tangan mamak dari isteri sendiri mungkin kerana lebih hot n spicy kot? isk2...)

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda di syurga. (tapi rata2 balu kematian suami tak kawin sampai ke mati menjaga anak2 harta peninggalan si suami tapi si suami yg kematian isteri tak sabar2 menganti isteri sedangkan kubur masih merah lagi. Alasan biasa dan popular didengar "Kesian kat anak2...."Memang kesian pun....tapi 'anak' yg mana tu?)

*Tips ini perlu diamati.Gunakan sebaiknya.Yg baik jadikan amalan yg buruk jadikan sempadan. Lebih byk yg tersirat dari tersurat.[Disunting oleh kak G]

8 comments:

  1. ni sape post ni? kak fiza ye?

    ReplyDelete
  2. Haah sape post ni??Lyn2 kaa....Sapa gadis misteri yg bubuh bahan ni???Tolong declare diri...

    ReplyDelete
  3. uiks lyn2 xda kena mengena dengan ini cerita ye...rasanya tips2 mcm ni org2 yg dah perpengalaman je yg pandai kan...sape ye..huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. untuk ke sekian kalinya d bln ramadhan ni saya, Rozimah x bubuh bahan2 seumpama tu walaupun saya ada pengalaman.Ni sapa punya keje daaa.....

    ReplyDelete
  5. sayugia saya berjanji tak akan menedit apa2 lagi di blog ni..huhu sob2..ampun dan maaf di pinta jika artikel ini membuatkan blog ni jd tak best...isk...isk..sob2 sob2 niat just nak cuba ja post artikel..waaaaaaaaaaawaaaaaaaaaaaaaaasob2..

    ReplyDelete
  6. diriku ini hanya bisa membuatkan hati org terluka..baru kusedar siapa diriku..hanya menumpang disudut dunia..sob2 sob2 sob2..biarlah aku pergi membawa diri ini..bye2(mmmmmm...episod 1)

    ReplyDelete
  7. Alaa Fiz2 jgnlaa merajuk.Akk x marah aih kt Fiz2.Cuma ada certain2 ayat & perkataan yg akk rasakan agak kasar & x berlapik.Akk dh edit.Artikel tu kira okla.Niat adik baik....Ala bucuk2.Senyum sikit.

    ReplyDelete
  8. :) haha, lawak la pulak rasa, tapi masa 1st solehah baca macam dah boleh agak dah sapa yg upload ni, fiz2 jgn sedih2 ye, usaha tangga kejayaan, teruskan `mengupload` :)

    ReplyDelete