Monday, August 31, 2009

ASAL USUL NAMA SELIPAR JEPUN

Ni akak nak cerita sikit pasal permulaan nama 'selipar Jepun' nih. kumpulan ni baru je ditubuhkan tahun.ni. Haah x sampai setahun pun.Pada mulanya kumpulan ini ditubuhkan untuk suka2 jer.Kami memang mempunyai minat yang sama iaitu suka berjalan atau melancong.Setakat ni sempatlah pi sekitar Penang, Pulau Aman, Kepala Batas & Bandar Perda. Lepas ni berangan nak pi Kembara Jalanan ke Sg Besar, Selangor ,Lake Town Resort, Taiping & Pulau Perhentian,Terengganu.

Eh! melalut plak.Balik pada cerita tadi... Pening kepala lah gak nak memikir apa nama nak bubuh untuk grup eksklusif kami ni. Kebetulan pada cuti pertengahan tahun baru2 ni , akak sempatlah bercuti di Pulau pangkor bersama keluarga. Seronok! Iyealah adik yang sponsor semua...Masa nak balik tu belilah ole2 untuk geng.Kebetulan hati berkenan bila tengok key-chain selipar Jepun.(Kiut + murah) Masa berbagi2 kat geng tu si Lyn2 pun bersuara "Apa kata kita namakan grup kita ni geng selipar Jepun? Ok jer bunyinya dan kiut plak" akak terfikir gak."ok gak yek!". So melekatlah nama Selipar Jepun tu sampai sekarang.

Selipar Jepun ni dipilih berdasarkan beberapa kriteria.(bukan cuq keria tau..)Pertamanya sebab kami semua sempoi macam selipar Jepun.Kedua sebab tabiat kami yg suka meronda hehe... dan ketiga sebab kami suka pada barangan buatan Jepun.Contohnya: Akak suka kereta Honda & makan Sushi , Fiz Fir suka Doraemon & cite Jepun, Lyn2 muka iras2 minah Jepun & suka katun Jepun, adik manja suka cite Jepun & body ala2 org Jepun(kecik & kiut) dan Kak Mas plak ganaz macam kamikaze Jepun hehe...( Mau kena Penampar 'Jepun' aku lepas nih huwwaaaa....)

Begitulah adanya .....

10 comments:

  1. akak, nati kita naik firefly ye...

    ReplyDelete
  2. Boleh2 adik belanja yek! Kita nak pi mana tu??

    ReplyDelete
  3. kita gi r mana2 pun janji naik flight :P hehehe

    ReplyDelete
  4. Apa kata kita tunggu kita ikut Solehah dgn Ali pi honeymoon.Bolehhh!! x kisahlah mana2 asalkan naik flight hehheh....

    ReplyDelete
  5. boleh saja! tapi takut kak gi ar tak berani :P macam bestfriend akak ajak akak sekali ngan hubby dia, akak tanak kan n_n ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  6. Tu kes lain laa...Adikk ni tak nak kawan arr. Kita pi sekali tapi dok bilik asing2 lah.Nape takut kami skodeng heheheh....Jangan takut arr kami ni semua understanding punya kawan.Kami janji x kacau!!

    ReplyDelete
  7. hahah. jom r ;) kan solehah dah cakap kat atas tu `boleh saja!`

    ReplyDelete
  8. Betul ni??? Jangan memain dikk!! Kang nangis abang manja tu hehee.Kami siap nak kacau lagi...nak baling2 batu kat bilik pas tu sembang kuat2.

    ReplyDelete
  9. tak pe, dia nangis mesti comei, boleh solehah pujuk, wah2 romantis nya

    ReplyDelete
  10. Hmmmm namapaknya x jadi keje la nak honeymoon dok asyik pujuk pengantin lelaki jer. Malasla nak kacau kalau cam tu.Bukan apa org lelaki suka nangis ni selalunya Hero Hindustan...

    ReplyDelete