Tuesday, September 1, 2009

APA YANG WANITA INGINKAN DARI LELAKI

Kita dah tahu tips menjadi isteri solehah sekarang kita nak buat 'reality check' atau senarai semak LELAKI yang kita sebagai isteri atau kekasih dambakan. Lepas ni tengok2lah kot2 si dia kita ada ciri2 tersebut.Bagi yang dah kahwin atau dah bertunang bulan Disember dah nak kawin tak payahlah.Terimalah qada & qadar seadanya hehehe....

Berikut ciri2 yang diadaptasikan daripada majalah Midi 15 Ogos 2009 :

  1. Wanita mahukan lelaki yang berkeyakinan - Boleh dikatakan hampir semua wanita inginkan lelaki yang berkeyakinan. Lelaki seperti dianggap lebih berketrampilan dan seksi.Tiada wanita yang mahu lelaki yang sentiasa mengiakan semua perkara. Kenalah ada pendirian barulah 'macho'.
  2. Wanita mahukan lelaki yang mampu membuatkan mereka berasa merekalah 'kekasih awal dan akhir' - Tu la pasal ramai pompuan melayu la ni pilih lelaki asing sebab utamanya depa lebih 'gentleman'.Iyea ke? tak tahulah plak. Rasanya lelaki sama jer tapi mungkin ye jugak sbb org putih sampai tua ganyut pun dok pegang tangan bini.Org melayu mula2 cinta berkepit sakan, sampai nak pi jamban pun berdua.Bila dah beranak pinak jalan pun jauh sebatu.Bila si isteri pegang tangan dikatanya gila meroyan.Ada kaa...
  3. Wanita mahukan lelaki yg ada sifat kelakar - Fikir2 kenapa pelawak2 spt Salleh Yaakob dan Harun Salim Bachik boleh beristeri lebih dari satu. Jawapannya mudah aje sbb depa pandai buat lawak.Iyealah bayangkan si isteri yg sehari suntuk bekerja di pejabat kemudian balik dgn muka suami yg macam singa lapar atau orang utan mati bini mengarah itu ini.Mahu ada yg kena 'smackdown' tak pasal2. Kita perlukan penghibur yg boleh membuatkan kita ketawa bukan badut.
  4. Wanita mahukan lelaki yg boleh menjadi pendengar yg baik & mampu memberikan nasihat yg bernas - Kita tak perlu lelaki yg berpewatakan ala2 Datuk Fadzilah Kamsah atau Dr H.M Tuah untuk menjadi pendengar setia.Cukuplah sekadar mendengar keluhan kita mengasuh anak2 di rumah atau rintihan kita di tempat kerja. Dgn memdengar luahan hati mereka sekurang2nya si isteri akan rasa lebih lega walau tidak memberi sebarang pendapat pun.
  5. Wanita mahukan lelaki setia bersama mereka -Mana ada wanita nak suami atau kekasih yg curang. Simpang malaikat 44! Sekali rasa tertipu sampai mati pun sukar untuk memaafkannya. Ini soal hati....kalau luka kat lutut bubuh minyak gamat baiklah ia tapi kalau luka kat hati 'operation' pun belum tentu akan sembuh.Kalau luka sembuh pun parut tetap kan ada sampai bila2.
  6. Wanita mahukan lelaki yg sensitif - Sensitif kat sini bukan yg sikit2 nak nangis atau nak merajuk tu.Kalau begitulah baiklah cari yg lembut ala2 sotong terus. Sensitif kat sini yg memahami jiwa wanita. Bukan mengongkong atau mengambil kesempatan. Cukuplah sekadar menghormati kita sbg wanita.
  7. Wanita mahukan lelaki yg mempunyai cita2 & perancangan - Lelaki yg bercita2 tinggi & mempunyai perancangan memang selau diidamkan setipa wanita.Contohnya macam Norman KRU atau Dr Fazli (alangkah bertuahnya isteri2 mereka..) Kita akan berasa lebih yakin bersamanya tambahan pula dgn sikapnya yg optimistik itu membuatkan kita terasa dilindungi. Masa depan kita bersama pun dah tentu akan cerah.
  8. Wanita mahukan lelaki bukan sekadar kekasih tetapi sahabat - Kita bukan hanya perlukan suami atau kekasih disisi tetapi juga sbg sahabat yg senang diajak berbincang, berkongsi masalah,bergurau senda & ikhlas membantu ketika susah.Apa yg penting tiada istilah 'ada udang disebalik batu'.
  9. Wanita mahu dilayan seperti merekalah segala2nya - Ada sesetengah lelaki yg melayan wanita atau isteri seperti sahabat lelaki mereka malah ada yg lebih teruk sampai jadi kes dera. Wanita hanya perlu disayangi & dilindungi.Lupakanlah kisah silam & jgn buat isteri atau kekasih terluka dgn mengungkitnya kembali.Jadikan mereka sesuatu yg terbaik yg hadir dlm hidup anda.
  10. Wanita hanya mahukan cinta, kasih & sayang - Wanita ni lemah lembut sifatnya kalau lelaki bijak memikat hati mereka maka hati mereka telah anda miliki. jadilah pasangan yg ideal serta ikhlas menyintai mereka. Ada pepatah mengatakan, Lelaki sanggup memberi cinta utk mendapatkan segala2nya tetapi Wanita sanggup memberikan segala2nya utk mendapatkan cinta. Renung2kan lah.....

[Disunting oleh: kak G]

6 comments:

  1. semua org nak yg terbaik, bahgia hingga hujung usia hingga ke syurga... keluarga bahagia... apa pun esok masih rasia, tak siapa boleh duga

    ReplyDelete
  2. ciri2 seorang suami.....dah tentulah dan MESTILAH LELAKI....ha ha ha

    ReplyDelete
  3. tapi bukan semua lelaki, akak nak ke lelaki kaki dera? ha!

    ReplyDelete
  4. adik manja... akak Fiza kata LELAKI.Maksud dia mana ada suami tu PEREMPUAN keh...keh.

    ReplyDelete
  5. nati kalau bersuamikan perempuan dah menyerupai umat nabi luth, nauzubillah dari seluruh tanah airku dilaknat Allah

    ReplyDelete
  6. Hish! adik ni tak kan sampai ke situ pulak. Janganla....meremang bulu tengkuk akak dah ni.Kita semua masih WARAS lagi kan.Nauzubillah dik oii!

    ReplyDelete