Sunday, September 6, 2009

AJAIBNYA KURMA!

Bila sebut Ramadhan buah kurma atau tamar memang dah jadi hidangan wajib untuk berbuka puasa. Tapi tahukah kita akan kelebihan2nya? Haa...mari kita selidiki rahsia disebalik buah Kurma.

Kurma merupakan tumbuhan palma atau nama saintifiknya, phonex dactylifera.Bentuknya bujur & boleh dimakan mentah atau dibuat kering supaya boleh disimpan lama. Kebanyakan pokok2nya ditanam di negara2 Arab-lah & mempunyai byk species.Mungkin ramai tak tahu bhw pokok kurma hanya boleh tumbuh subur sekiranya pokok betina ditanam bersebelahan pokok jantan ( aduhai....romantisnya!)
Hmmmm hanya pokok kurma betina yg keluarkan buah tapi mengambil masa lapan tahun sebelum keluarkan hasil ( mak oi lamanya...) dari segi saiz, pokok kurma jantan lebih tinggi dari pokok kurma betina. Sekiranya pokok kurma betina mati, pokok kurma jantan juga akan menyusul mati. ( amboi! pokok pun tahu setia...)
Kalau nak makan kurma tak payah basuh! Sebab? nanti akan menghilangkan khasiatnya. buah kurma bersifat antibakteria & kalau basuh akan merosakkan kualiti buah itu.
Ia mengandungi khasiat pemakanan tinggi spt aprikot kering & kismis. Kurma kaya dgn protin, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian spt besi ( bukan yg buat pagar tu..), kalsium, sodium dan potasium.
Haa...bagi ibu2 yg menyusukan anak & menghadapi masalah kurang susu badan , memakan kurma dpt mengalakkan pertumbuhan susu. unsur zat besi & kalsium dlm buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
Selain itu, ia baik untuk pertumbuhan kanak2, perbentukan darah & sumsum tulang. kajian lain membuktikan bahawa kurma antara makanan yg paling pantas proses sbg bekalan tenaga.
Eh! mende tunggu lagi lepas ni makan kurma banyak2 ok sebab dah tahu kebaikan2nya. Selamat Menjamu selera!

Rujukan : [Artikel Ramadhan Global: KOSMO sabtu, 5 September 2009]

2 comments:

  1. yummy2..kurma memang sedap!!!patut di amal kan setiap hari..kita ada jus kuram,daging masak kurma,nasi kuram.ayam kurma,...haha..walau apa jua masakan ,,buah kurma juga pilihan hatiku...

    ReplyDelete
  2. Ada lagi dua hg lupa Fiza, pak cik jual kurma & Pak Arab tukang tanam kurma. Penting tu.Tak ada mereka...tak dapatla kita merasa buah kurma.Betapa org2 dolu2 susah nak merasa buah kurma.Nak makan pun bila org balik Haji bagi jer.Kurama masa bulan posa pun tahap gred D.Melekat & banyak gula. X macam la ni kurma gred A macam Yusof Taiyoob tu.Perrrgh! sedap...

    ReplyDelete