Wednesday, September 2, 2009

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua


Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..


>>‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’
>>Fatimah Syarha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



3 comments:

  1. Terharu membacanya, puitis bait bahasanya..sesungguhnya perjalanan mencari CINTA tidak ada penghujungnya.

    ReplyDelete
  2. indahnya andai dapat bercinta terus hingga syurga

    ReplyDelete
  3. Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
    Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
    Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
    Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

    Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
    Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
    Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
    Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

    Ketika cinta bertasbih....

    ReplyDelete