Sunday, September 6, 2009

10 TIP MENJADI PASANGAN YANG BAIK

Orang kata kurang komunikasi, cemburu buta & sikap tak peduli antara sebab utama pasangan sering bergaduh. Tak perlu nak salahkan sesiapa , apa yg penting berusaha mengubah diri demi kebaikan bersama. Justeru itu, pertelingkahan & perpisahan dapat dielakkan.

  1. TERIMA SEADANYA - tak perlu nak ubah org mengikut kehendak anda. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yg sempurna.
  2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA - Jangan main serkap jarang & menuduh pasangan anda yg bukan2.Kalau boleh selidik dulu atau bersemuka dengannya. Sekurang2nya berilah dia peluang membela diri sebelum anda memberi hukuman.
  3. AKTIVITI BERSAMA - Bagi yg dah kahwin bukan setakat aktiviti 'dalam bilik ' je yg boleh dilakukan bersama. Carilah sesuatu yang mampu anda lakukan bersama pasangan anda contohnya menonton wayang, memancing atau bersiar2.
  4. TUNJUKKAN CINTA ANDA - Setelah berumahtangga, ramai yg kurang mengambil perhatian perihal hati pasangan. Kalau masa bercinta dulu pegang tangan tak lepas masa berkahwin patutnya lebih2 lagi laa.Apalah salahnya jika diluahkan dgn sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Ini dpt menghangatkan lagi cinta yg dah suam2 kuku tu.
  5. KAWAL PERASAAN - Apabila marah bawalah bertenang. jangan cepat melatah. Tanya dulu pada pasangan anda.Jangan tuduh melulu serta mengucapkan kata2 yg akan buat anda rasa menyesal nanti.
  6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU - Berhentilah mengungkit kesilapan masa lalu. Tak ada sapa yg nak ingat bende2 yg dah berlalu. Tambah2 bende2 yg pahit & memalukan diri.Jangan jadikan kesilapan pasangan ini sbg senjata bila time bergaduh. Bahaya!
  7. KURANGKAN RASA CEMBURU - Cemburu boleh! Sapa kata tak boleh tapi berpada2lah.Cemburu kan tandanya sayang...tapi cemburu yg keterlaluan boleh mencetuskan pergaduhan. Hubungan cinta harus dibina atas dasar saling percaya.
  8. JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN - Jangan berjanji kalau tak mampu nak penuhi. kalau buat jugak nanti akan hilang rasa hormat pada pasangan. Apabila pasangan merasakan anda dah mengabaikan komitmen, haa.. bersiap sedialah utk kehilangannya.
  9. JUJUR - Jujur merupakan perkara penting dalam perhubungan. Jangan bersikap hipokrit atau berpura2.Sikap menipu pasangan antara punca utama perpisahan. Kejujuran disini ialah jujur untuk mengucapkan perasaan.Kalau tak suka cakap tak suka. Katakanlah dengan tenang!
  10. BERI LAYANAN TERBAIK SEPANJANG HIDUP - Layanlah pasangan sebaik mungkin.Jaga hatinya serta setia padanya. Anda akan berasa bahagia kerana anda & pasangan saling melengkapi antara satu sama lain.

* Rujukan : [Pesona : KOSMO, Jumaat, 4 September 2009]

2 comments:

  1. mudah mudahah Allah sentiasa pelihara dah rahmati ke atas diri kita semua...TIADA ORANG YANG SEMPURNA..kita selalu ingin "MENCARI" pasangan yg baik agamalah,baik budi lah,sopan santu lah++++ n yg baik2 jer..apa salahnya kita dulu yg "MENJADI'' sebegitu ghupa..INSYALLAH tuhan akan beri pasangan yg baik..kita kena yakin pada ALLah atas qada dan qadarnya..."YA ALLAH TABAH KAN HATI KAMI DALAM MENGHADAPI CABARAN MU" AMIN YA RABAL ALAMIN..

    ReplyDelete
  2. Begitaulah sebaik2nya....wahai adikku sekalian yg sewaktu dgnnya.

    ReplyDelete