Friday, September 4, 2009

5 SEBAB WANITA MENANGIS

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang agak unik. Dari segi zahir kita nampak lemah tapi kita mampu menahan kesakitan dan melahirkan seorang bernama insan ke dunia. Tangan kita yg sering memegang senduk & menhayun buaian ini bisa mengoncang dunia. Senjata kita yg paling ampuh adalah air mata. Dengannya kita mampu mencair & melembut hati insan yg bernama LELAKI.

  1. FAKTOR HORMON - Ni memang x dapat lari dari diri selagi kita bernama wanita. Masa ni tetiba je rasa nak menangis.Haa tu menunjukkan ada tanda2 nak datang bulan, haid, period, datang kotor & apa2 lagi istilah yg sewaktu dgnnya. Masa perasaan menjadi sensitif tahap 18. Silap haribulan org bertanya kita menjawab pun sambil menangis hehe..
  2. INGIN MEMANIPULASI KEADAAN - Ini yg tadi kita sebut sbg 'senjata'. Rasa2 ter'kantoi', termalu & tak tahu nak buat apa2 lagi haa...time ni la nak gunakan air mata. Kalau kena marah, maki atau bersalah menangis ni dpt mengurangkan 'tension' & sekaligus dpt meraih simpati pihak yg satu lagi terutamanya kaum Adam. Kena plak buat muka 'seposen' & cakap manja2 skit. Alamatlah settle semua masalah...Tapi jgn diamal selalu tak baik tau!
  3. PERASAAN EMOSI - Kalau bukan menangis sebab hormon atau raih simpati sebab lainnya adalah memang faktor emosi. Hah kalau yg ni berlaku tak dapatlah den tolong! Antara sebab keluaqnya ayaq mata ketika beremosi adalah kerana perasaan kecewa, sakit hati, sedih dan masalah2 lain yg melibatkan perasaan.Bila emosi dah berada tahap bumbung & tiada siapa utk mencurahkan perasaan, menangislah cara yg terakhir.
  4. AMARAH - Hmmm org pompuan...sedih nangis, malu nangis.. marah pun nangis. okla tu, tak macam lelaki, marah je sepak terajang org atau maki orang atau belasah orang. Kira org pompuan ni agak bertamadun drp golongan yg satu lagi tu. Ada pelbagai cara wanita berhadapan dgn rasa marah, ada yg menjerit, membebel tanpa henti, berleter, berdiam diri atau jika kesemuanya dirasakan tidak menjadi so apa lagi menangislah jawapnya!
  5. TERKENANGKAN SESUATU - Teringat kisah2 nostalgia masa silam yg sedih boleh membuatkan kita menangis. Jika kenangan itu manis & mengembirakan bolehlah tersenyum & tersengih.Tapi jika kenangannya itu sedih,sadis & menyedihkan tak kan la nak buat muka sadin lagi mestilah ayaq mata turun menderu-deru umpama air terjun Bukit Panchor.

*Hidup mesti diteruskan juga.Nangis2 jugak tapi lepas tu bangkit semula dgn semangat yg luar biasa. Iyealah air mata tu baguih keluaq, dia boleh cuci mata. Nanti mata akan lebih cerah & jelita. Itulah kisahnya....

[Dikutip dari artikel Mingguan Wanita 21-27 Ogos 2009]

5 comments:

  1. huhu lagi satu den nak kabo..wanita mudah menangis waktu kupas bawang..memang tak leh tahan..betul..tak caya! cuba test haha

    ReplyDelete
  2. akak, cuba serius sikit, ish2 akak ni :P

    hurm, hari tu masa terangin kat si harith tu nangis la jugak sorang, pastu ada hari tu termarah kat amerro rasa macam nak telan hidup2 je budak tu.. haha... tapi betul la, apa pun kena mintak dengan Allah, last friday dah ok sikit dah, dorang dah janji tak nak wat dah, n dah tak rasa meluat sangat dah pun ngan budak2 tu

    ps: akak, cuba serius sikit, ish2 akak ni :P

    ReplyDelete
  3. hmm..menagis pun satu terapi diri gak untuk lepaskan tekanan kalau rasa nk nangis jgn tahan..lepaskan ja smpai sebaldi pun tak pa..bukan satu dosa pun kita nangis..polis pun tak tangkap kalu kita nangis huhu...

    percaya lah lepas nangis kita akan rasa satu perasaan yg sangt lega dan akan kembali semangat baru...hmmmm..

    menurut pengalaman diriku ..huhu

    ReplyDelete
  4. TO ADIK:banyak kan sabar dgn kerenah budak2 ni terima mereka seadanya n buat yg termampu jer..jgn pikir2 sgt huhu..kalau depa tu jahat lagi adik baling ja kot tingkap haha..tak pun adik ambik kepala hantuk kat dinding sampai pecah huhu(imagine ja tak yah buat betul2)..kih

    TO KAK G:tabah kan hati yer..jgn sedih2..ALLAH amat menyayangi kak g..sebb tu DIA bagi ujian mcm tu.kalau saya mesti dah meroyan tahap 10 dah..u r selected person to receive this 'dugaan'..huhu

    ReplyDelete
  5. To adik: Semoga segala yg kusut dah kembali tenang. Kalau ada apa2 yg menganggu fikiran & perlu bantuan jgn segan2 semua geng ada.Kami sedia membantu (macam iklan Wonderpet jer..)

    To Fiz2: Thanx 4 care & support.U've given me a lot.In fact, I owe u & the rest of the gang.Thanx 4 being my shoulder to cry on....

    ReplyDelete