"Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna"
Saturday, September 26, 2009
Sedih hati nak tinggal Ramadhan, Esok pulak dah nak raya, Mari kita saling bermaafan, Agar terhapus segala dosa,
Esok pulak dah nak raya, Persiapan semua sudah sedia, Agar terhapus segala dosa, Yang lepas2 & yang dok ada.
Kekerasan hati & degil, kuat semangat(mmg pun tu sbb panggil TWISTER) & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk(tambah2 adik manja), bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah (mati kutu wooo), tidak boleh duduk diam (ini di akui), tidak punya ramai anak (hmm cam tau2 jer), rajin dan bersemangat tinggi, agak boros ( hmm my weakness!!)
Fiza d hut aka joker
Wiwiey..... (Mac)
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa (tipu ah fizfir ni pemalu), sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.
lyn lyn aka kaunselor
Boo boo... . (Dec)
sangat setia dan pemurah bersifat patriotik ( biar betui!) sangat aktif dalam permainan dan pergaulan bercita-cita tinggi suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi seronok didampingi pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik suka bercampur dengan orang suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur tidak pandai berpura-pura cepat marah sikap kurang sabar dan tergesa-gesa perangai yang berubah-ubah tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi benci pada kongkongan
kak mas aka M16
Sya sya ... (nov)
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa (saya sokong 100%), pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
The ultimate adik M ^_^
Cici ... (born on april)
Sangat aktif (memang pun x larat nak kejar) dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, sgt cemburu dan terlalu cemburu (uish bahaya ni!)
No comments:
Post a Comment